| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Ke SHG Telok Mas, Melaka

Pada 28 Jun 2018 (Khamis) seramai 35 orang peserta Kursus Komprehensif Undang-Undang Berkaitan Kanak-Kanak di Malaysia dari Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP) Bangi telah membuat lawatan ke SHG Telok Mas Melaka. Kehadiran peserta yang diketuai oleh Tuan Isa Bin Haji Hassim, Pengarah Program Perundangan ILKAP. Lawatan ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dalam meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai undang-undang yang berkaitan dengan kanak-kanak dan memahami keperluannya mengikut ketetapan institusi yang melaksanakan hukuman kepada pesalah juvana. Taklimat berkaitan Institusi ini telah disampaikan oleh TPP Muhammad Hafiz Bin Muhammad Sepian.


""