| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Institusi Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 26 Jun 2018 (Jumaat ) bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Institusi Penjara Simpang Renggam, Johor. Jemputan yang hadir terdiri daripada Pengarah Penjara Negeri Johor KP Haji Abdul Wahab Bin Haji Kassim, TKP Ramli Bin Osman, Pengarah Penjara Simpang Renggam Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Johor , EXPOAM ( Pesara ), PERSIAP Negeri Johor, Jabatan dan Agensi KDN Daerah Kluang. Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan aturcara diteruskan dengan lawatan ke gerai-gerai, jamuan makan, cabutan nombor bertuah, pemberian duit raya dan pengemuman pertandingan gerai yang tercantik. Majlis sambutan ini diadakan adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim diantara kakitangan dan orang awam di sekitar Penjara, Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.


""