| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Iftar Perdana 2018 SHG Telok Mas Melaka

08 Jun 2018 (Jumaat) ?Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menganjurkan Iftar Perdana melibatkan seramai 250 penghuni dan kakitangan. Program dimulakan dengan tazkirah Ihya? Ramadhan oleh Ustaz Mohd Salleh bin Kamaluddin, ianya berkisarkan tentang kelebihan dan nikmat di bulan Ramadhan. Majlis diteruskan dengan penyerahan wang zakat penghuni Sekolah Henry Gurney sebanyak RM 3,149.00 oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney kepada Wakil Pusat Zakat Negeri Melaka SP Aziman bin Ahmad, manakala sumbangan kepada peserta khatam Al Quran disampaikan oleh KP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. SHG Telok Mas Melaka turut menerima sumbangan barangan elektrik daripada Wakil Syarikat Samsung Malaysia yang turut serta berbuka puasa bersama penghuni melalui CSR. Solat Maghrib berjemaah turut diadakan selepas selesai jamuan berbuka puasa.



""