| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ihya Ramadan Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2018

Pada 06 Jun 2018 (Rabu) - Unit Pemulihan Dan Rawatan telah mengadakan Program Ihya Ramadan Peringkat Penghuni bertempat di Surau Nur Hikmah, Penjara Pusat Kota Kinabalu. Aktiviti bermula pada jam 04.00 petang yang dihadiri seramai 100 orang penghuni. Pengisian aktiviti dimulakan dengan penyerahan juadah berbuka puasa di setiap zon diikuti majlis khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Ku Muhamad Harris Bin Ku Zakaria melibatkan penyertaan seramai 12 orang penghuni yang terpilih. Tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Azrin bin Norgi daripada Ibu pejabat Polis Kepayan seterusnya majlis berbuka puasa dan solat Maghrib. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan. Majlis diakhiri dengan solat Isya? dan solat sunat Tarawih.


""