| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pembayaran Zakat Fitrah Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2018

Pada 08 Jun 2018 (Jumaat) bersamaan 23 Ramadan 1439H, bertempat di Dewan Bistari Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan Program Pembayaran Zakat Fitrah Peringkat Penghuni yang melibatkan seramai 176 penghuni membayar zakat termasuk untuk diri sendiri dan tanggungannya. Sebanyak RM2,128.00 wang zakat telah dikeluarkan untuk penghuni pada tahun ini melalui potongan pendapatan gaji penghuni. Zakat fitrah ini diterima oleh Amil Zakat yang dilantik bagi Kompleks Penjara Kota Kinabalu iaitu IP Arbah Bin Kaster. Pembayaran zakat fitrah merupakan tuntutan rukun Islam yang keempat dalam meninggikan syiar Islam bagi membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan.


""