| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ziarah Ramadan Anjuran Kelab Sukan Rekreasi Dan Kebajikan Majlis Ugama Islam Sabah (SICCOS) Bersama Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2018

07hb Jun 2018 (Khamis) - Bertempat di Surau Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan Program Ziarah Ramadan Anjuran Kelab Sukan Rekreasi Dan Kebajikan Majlis Ugama Islam Sabah ( SICCOS) Bersama Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Seramai 34 orang kakitangan daripada MUIS yang diketuai oleh Mohd. Adnan Rosdin Hj. Mohd. Ariff, Timbalan Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah dan turut dihadiri oleh PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, pegawai kanan dan kakitangan Penjara. Acara dimulakan dengan bacaan Doa, ucapan wakil Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu PP Kalbin Hj. Mohd Said dan ucapan balas daripada ketua rombongan seterusnya persembahan Nasyid /Marhaban dan sumbangan kepada pihak Penjara berbentuk Kuih Raya dan peralatan Surau. Tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Hj. Romzi Bin Rahman.


""