| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran Al-Karim Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Bahagian Agama dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Profesionalisme dan Kelab Sukan & Kebajikan Ibu Pejabat Penjara Malaysia (KIPP) telah menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan Al-Mubarak 1439H / 2018M.

Program Tadarus Al-Quran yang telah diadakan di Surau al-Falah IPPM bermula pada 01 ? 21 Ramadan 1439H / 17 Mei ? 06 Jun 2018M telah disertai seramai 50 orang Pegawai dan kakitangan IPPM. Program Tadarrus ini diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran yang telah disempurnakan oleh Komisioner Jeneral Penjara YBhg. Dato? Sri  Haji Zulkifli bin Omar pada 23 Ramadan 1439H / 08 Jun 2018M, bertempat di Surau Al-Falah IPPM. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) YBhg. Dato? Jamaludin Bin Saad, YBhg. Komisioner Penjara Dato? Haji Nordin Bin Haji Muhamad (Pengarah Pengurusan Banduan), Timbalan Komisioner Penjara Ariffin Bin Mohd Noor (Pengarah Bahagian Agama Penjara Malaysia), Wakil Pengarah?pengarah bahagian IPPM, Pegawai ? pegawai kanan dan kakitangan IPPM.  Majlis ini juga disusuli dengan ceramah agama sempena Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh  Ustaz Dr. Hj. Zamihan bin  Hj.Mat Zin, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Bahagian Agama, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majlis dan aktiviti seumpama  ini mudah-mudahan dapat diteruskan pada bulan-bulan lain selepas berakhirnya bulan Ramadan.


""