| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penghayatan Ramadhan Bersama Penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu 21 Ramadhan 1439H

Penghayatan Ramadhan Bersama Penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu bertempat di Surau An-Nur IPDJ. Majlis dimulakan dengan Tadarus dan Khatam Al-Quran oleh penghuni. Majlis turut dihadiri oleh PKK Hafidz Bin Othman, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Fayrouz Bin Ahmad Zawawi, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan turut hadir Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Sembilan. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada 21 orang penghuni institusi yang telah menyertai Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan serta penyerahan wang zakat penghuni kepada wakil Pusat Zakat Negeri Sembilan.


""