| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Penjara Taiping Bersama Anak-Anak Yatim Nur Qasih 1439 H

Pada 06 Jun 2018 (Rabu), bertempat di Surau Al Hikmah, Kuarters Penjara Taiping telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Penjara Taiping bersama dengan anak-anak yatim Nur Qasih. Majlis ini juga turut disertai dengan kerjasama ahli EX-POAM cawangan Taiping dan Persatuan Khairat Kematian Madrasah Pegawai Penjara Taiping. Program ini diadakan bagi memeriahkan lagi bulan ramadhan dengan pengisian yang berguna kepada masyarakat dan komuniti khususnya kepada anak-anak yatim yang memerlukan bantuan. Pada Majlis itu, seramai 25 anak yatim telah diraikan dan telah menerima sumbangan duit raya. Majlis itu juga turut dihadiri oleh Asrama Nur Qaseh, Imam/bilal Surau Penjara Taiping serta peserta tadarus yang terdiri daripada anak kakitangan yang telah disampaikan oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping. Majlis selesai selepas solat terawih.


""