| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Bersama Pengarah Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting 2018

KAMUNTING,5 JUN 2018 (SELASA) bersamaan 20 RAMADHAN 1439, Unit Agama dan Unit Pemulihan Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan satu Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Bersama Pengarah, Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting 2018 bersempena bulan Ramadhan. Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Pengarah Pusat Koreksional Kamunting iaitu Penolong Kanan Komisioner Mohd Muslih Bin Mahmud, Timbalan Pengarah PKK Penguasa Penjara Harun Bin Awang, Ketua Bahagian Pemulihan Penguasa Penjara Mohd Radzun Bin Othman serta pegawai-pegawai kanan, dan tetamu-tetamu jemputan. Seramai 180 orang banduan telah hadir untuk menjayakan program ini yang terdiri daripada 2 blok iaitu Blok Fajar dan Blok Kekal. Program dimulakan pada jam 6 petang dengan Majlis khatam Al-Quran yang melibatkan penyertaan seramai 38 orang banduan terpilih. Selepas selesai majlis khatam Al-Quran, program telah diteruskan dengan pemberian cenderamata kepada banduan-banduan yang menyertai program tadarrus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan ini yang telah disampaikan oleh Penguasa Penjara Mohd Radzun Bin Othman disambung dengan ucapan ringkas oleh beliau. Sedikit tazkirah ringkas sempena Nuzul Al-Quran telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Fakarudeen Bin Ismail, Pembantu Hal Ehwal Islam PKK. Majlis diakhiri dengan solat maghrib berjemaah dan jamuan. Program berakhir pada jam 8.20 malam.


""