| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Perhimpunan bulanan peringkat Kementerian Dalam Negeri telah diadakan pada 7 Jun 2018 di Auditorium Blok D8, Kompleks D, Putrajaya, yang mana telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato? Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri. Jabatan Penjara Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi perhimpunan KDN pada bulan ini. Antara yang turut hadir dalam perhimpunan bulanan pada kali ini ialah YBhg. Dato? Sri Haji Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Yang Dihormati Timbalan Ketua Polis Negara, YBhg. Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato? Sri KJP Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan YBhg. Dato?-dato? Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Perhimpunan bulanan ini bermula pada jam 8 pagi dengan ketibaan warga KDN, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ketibaan YB Menteri Dalam Negeri disambut dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Korporat KDN iaitu Keharmonian Rakyat oleh koir Unit Kebudayaan dan Kesenian Jabatan Penjara. Acara seterusnya adalah bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Penguasa Penjara Abd Aziz bin Che Mamat dan bacaan doa yang dipimpin oleh Penguasa Penjara Marzuki Azmi bin Bidi. Seterusnya ialah ucapan amanat yang pertama kali daripada YB Menteri Dalam Negeri yang dilantik untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018. Kemuncak perhimpunan bulanan pada kali ini ialah dengan Pelancaran Buku Sejarah Parol di Malaysia yang disempurnakan oleh YB Menteri Dalam Negeri.


""