| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Marang, Terengganu Bagi Tahun 2018

Pada 30 Mei 2018 (Rabu), bertempat di Surau Al Falah, Penjara Marang Terengganu telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Marang Bagi Tahun 2018. Majlis bermula pada jam 05.00 petang dimulakan dengan sesi Tadarus Al Quran yang telah dipimpin oleh KPL 12746 Abu Mansor Bin Chik diikuti slot ceramah agama yang bertajuk Fadhilat Dan Keberkatan Bulan Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Hisyam Bin Ali (JAKIM).

Seramai 200 orang penghuni telah terpilih dalam majlis berbuka puasa kali ini. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Timbalan Pengarah Penjara Marang, Penguasa Penjara Mohd Irwan Bin Awang diiringi Penguasa Penjara Norimi Bin Ibrahim @ Mat Nor bersama pegawai-pegawai kanan dan anggota dari Unit Pencegahan Penyeludupan (UKP) serta Unit Trup Tindakan Cepat (TTC) penjara.

Pengisian program kali ini diteruskan lagi dengan penyampaian kutipan zakat yang telah disampaikan oleh PP Mohd Irwan Bin Awang dan diterima oleh pegawai dari Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sejumlah RM 2,492.00 telah berjaya dikutip hasil dari pembayaran zakat dikalangan penghuni.

Majlis pada petang tersebut diakhiri dengan Solat Maghrib secara berjemaah bersama dengan penghuni yang imamkan oleh Ustaz Khairul Hisyam Bin Ali (JAKIM).


""