| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Anugerah Perkhidmatan (APC) 2017 Zon Utara 2

27 MAC 2018 (Selasa) - Pada 27 Mac 2018 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Zon Utara 2 dengan jayanya. Pusat Koreksional Kamunting telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan majlis berkenaan dibantu oleh kakitangan dan pelatih daripada Pusat Latihan Pegawai Penjara, Taiping. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Komisioner Jeneral (Keselamatan dan Koreksional). Turut menghadiri majlis adalah KP Haji Ahmad Faudzi bin Haji Awang, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen IPPM, Cik Nur Shamilah binti Sahul Hamid, Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran IPPM, TKP Tan Tien Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak selaku tuan rumah negeri, TKP Kamarudzaman bin Mamat, Pengarah Penjara Tapah, PKK Charin Promwichit a/l Chem, Pengarah Penjara Taiping, PKK Norwati binti Mat Isa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Perak, PKK Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting selaku tuan rumah institusi, PKP Nik Robidin bin Ab Rahman, Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara, Taiping, dan PP Zakaria bin Jusuh, Timbalan Penguasa PPA Batu Gajah. Turut juga menghadiri majlis adalah ACP Muhamad bin Taib, Ketua Polis Daerah Taiping, Tuan Arif bin Arshad, Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Taiping, Penolong Pegawai Penguatkuasa Rashid bin Maskon, Timbalan Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan, Taiping, Encik Kamarudin bin Dulmat, Pengerusi EXPOAM, Datuk Haji Rosli bin Husin dan Encik Md Radzi bin Ismail, selaku wakil Lembaga Hakim Pelawat Taiping. Seramai 125 penerima hadir untuk sesi penyampaian anugerah di Dewan Kuliah Utama, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping daripada institusi-institusi penjara seluruh Negeri Perak terdiri daripada anggota beruniform dan kakitangan awam.


""