| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Zon Utara 1

Pada 24 Mac 2017 (Sabtu) Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penganjur kepada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Zon Utara 1 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Wan Ali Bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) Kementerian Dalam Negeri.

Turut hadir meraikan penerima-penerima adalah KP Dato? Abdul Aziz bin Abdul Razak (Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan ) TKP Roslan bin Hj. Mohamed (Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang), Puan Nurshamilah binti Sahul Hamid (Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran) dan Pengarah Institusi Zon Utara 1 serta Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Seramai (183) kakitangan dari Pejabat Penjara Perlis,Pusat Koreksional Perlis, Akademi Koreksional Langkawi, Pejabat Penjara Negeri Kedah, Penjara Pokok Sena, Penjara Alor Setar, Penjara Sungai Petani, Pejabat Penjara Negeri Pulau Pinang, Penjara Reman Pulau Pinang dan Kompleks Penjara Seberang Perai telah disenarai pendek untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017.


""