| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelaksanaan Amalan Zikir Tarekat Bersama Banduan Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting

KAMUNTING, 16 Mac 2018 (Jumaat) bersamaan 28 Jamadilakhir 1439H, Unit Agama dengan kerjasama Unit Pemulihan Pusat Koreksional Kamunting telah menyediakan sedikit jamuan kepada Banduan sempena hari terakhir pelaksanaan amalan zikir tarekat yang bermula pada 08 Januari 2018 sehingga 16 Mac 2018 iaitu selama 40 hari pelaksanaan amalan zikir tersebut. Majlis ini telah berlangsung sepertimana yang diarahkan Bahagian Agama Penjara Malaysia (BAPEM) dengan kerjasama Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) iaitu melakukan Zikir Tahlil sebanyak 300 kali secara berjamaah selepas solat Zohor dan Selawat sebanyak 300 kali secara berjamaah selepas solat Asar dan majlis mingguan pula iaitu pada hari Jumaat dibaca surah Yaasin serta bacaan Ratib al-Attas. Purata kehadiran Banduan adalah sebanyak 70 orang sepanjang pelaksanaan amalan zikir tarekat berlangsung. Sepanjang program berlangsung Banduan memberikan kerjasama yang baik dan program berjalan dengan lancar.


""