| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelan Kontinjensi Rusuhan Penjara Pusat Kota Kinabalu

Pada 14-15 Mac 2018, Latihan Light Strike Force (L.S.F) dan Simulasi Kontigensi Rusuhan telah diadakan. Seramai 30 peserta kursus yang terdiri daripada pelbagai Unit dan Platun Penjara Pusat Kota Kinabalu. Antara aktiviti latihan tersebut seperti, Latihan Kecergasan, Kawad Permulaan, Kawad Asas, Kawad Format Gempur dan Simulasi Kontigensi Rusuhan. Sarjan 558 Ag.Daud bin Ag. Jual dilantik sebagai Jurulatih kursus tersebut.

Objektif latihan ini diadakan bagi memberi gambaran kepada pegawai penjara Pusat Kota Kinabalu dalam menghadapi rusuhan mengikut garis panduan dan tindakan perlu diambil dalam menangani masalah serta memastikan Pegawai di Institusi ini siap siaga sama ada daripada segi mental dan fizikal. Akhir kursus tersebut diadakan simulasi Kontigensi Rusuhan di padang dalam Penjara Pusat Kota Kinabalu yang dihadiri TPP Richard Robin Pegawai Yang Bertugas giliran akhir.


""