| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Ke Penjara Malaysia Oleh United Nations Asia And Far East Institute (UNAFEI) Dan International Cooperation Agency (JICA), Jepun

Pada 8 Mac 2018 (Khamis) , Pejabat Komisioner Jeneral Penjara telah menerima kunjungan hormat delegasi dari UNAFEI dan JICA, Jepun iaitu Professor Fumiko Akashi dan Mr.Hajime Watanabe. Ketibaan delegasi telah disambut oleh YBhg Dato? Sri  Komisioner Jeneral Penjara dan Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM. Delegasi juga telah mengadakan siri lawatan ke Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang serta ke Pejabat Parol Ampang. Program ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pegawai penjara yang merupakan Alumni UNAFEI & JICA mengenai kursus-kursus yang pernah mereka hadiri sebelum ini serta melihat sendiri perjalanan Program Parol dan Perkhidmatan Komuniti di Jabatan Penjara.


""