| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Pusat Miri 2018

Pada 28 Februari 2018 (Rabu) bertempat di Dataran Mini Kenyalang, Penjara Pusat Miri telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Pusat Miri. Seramai (7) orang banduan yang terlibat dalam Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Majlis disempurnakan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Miri, PP Muhammad Khalid Bin Muhammad, wakil dari NGO seperti Prison Fellowship Malaysia Cawangan Miri dan Pertubuhan Penganut Agama Buddha Batu Niah Miri, Pegawai-Pegawai Kanan, dan ahli keluarga penghuni. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian singa yang dijemput khas dari Pertubuhan Penganut Agama Buddha Batu Niah Miri dan majlis berakhir jam 11.15 pagi.


""