| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Mac 2018 Peringkat Penjara Sungai Petani

05 Mac 2018 (Isnin) jam 07.15 pagi telah diadakan Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Sungai Petani, Kedah bertempat di Dataran Penjara Sungai Petani. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Sungai Petani, PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, diikuti dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Kamal bin Md. Isa dan bacaan ikrar yang telah disempurnakan oleh Penolong Penguasa Fudzly bin Abdul Wahab. Susun atur majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Kpl 20140 Badrul Hisyam bin Abu Hassan dan diakhiri dengan ucapan Pengarah Penjara Sungai Petani dan jamuan ringan.


""