| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jalinan Kasih Perjumpaan Bersemuka Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2018 Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting

Pada 19 Februari 2018 yang lepas, satu majlis jalinan kasih perjumpaan bersemuka sambutan Tahun Baru Cina tahun 2018 Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting telah dijalankan dengan jayanya. Seramai empat (4) orang banduan telah terpilih untuk menyertai program berkenaan di mana setiap seorang banduan dapat membawa bersama lima (5) orang ahli keluarga untuk sama-sama menyertai program berkenaan. Hadirin disajikan dengan makanan tradisi kaum cina seperti Itik Panggang, Limau, Kuih Bakul, Ais Kacang Koktel dan pelbagai jenis juadah lagi. Majlis berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni di mana mereka dapat bersemuka dengan keluarga tersayang pada penuh bermakna ini.


""