| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Dialog Bulanan Bagi Bulan Februari 2018 Dan Taklimat Business Online(Getthiss.Com) Penjara Marang

27hb. Februari 2018 (Selasa)-Bertempat didewan Dato? Ibrahim, Penjara Marang telah berlangsung satu taklimat business online dari syarikat GETTHISS.com dengan memperkenalkan satu aplikasi website yang bertujuan memudahkan pengusaha-pengusaha bagi memasarkan produk mereka di website, taklimat telah disampaikan oleh wakil syarikat GETTHISS.Com. Dimuatkan dalam taklimat ini adalah sesi cabutan bertuah(T-Shirt, Voucher, Handphone) kepada anggota Penjara Marang Terengganu. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan Majlis Dialog Bulanan bagi Bulan Februari 2018. Susunatur majlis dimulai dengan pengumunan ketibaan PKK Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang Terengganu oleh pengacara majlis iaitu IP Ku Iskandar Zulkarnain bin Ku Aziz serta nyanyian ?Bakti Setia?. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan dan tahniah kepada En. Mohd Sabri bin Ismail diatas kenaikkan pangkat ke gred W22. Majlis diteruskan lagi dengan sesi penerangan ringkas oleh Unit Sumber Manusia Puan Nor Fazzura binti Awang dan penerangan oleh Unit Kewangan Puan Hamidah binti Abdul Halim. Seramai 114 anggota dan kakitangan hadir. Mengakhiri Majlis Dialog pada kali ini adalah taklimat, penerangan serta nasihat oleh Pengarah Penjara Marang Terengganu.


""