| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Penghuni Penjara Pusat Kota Kota Kinabalu 2018

Pada 28hb Febuari 2018 (Rabu) - Bertempat di Perkarangan Pintu Utama Penjara Pusat Kota Kinabalu, Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan kerjasama Unit Lain-lain Agama, Unit Kebajikan Penjara dan Pejabat Rekod telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina. Seramai 07 orang banduan terpilih menyertai program tersebut yang turut dihadiri oleh 22 orang ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni. Majlis telah dirasmikan oleh PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu diiringi oleh PP Jomison Gondikit, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan, Penjara Pusat Kota Kinabalu, Pegawai-Pegawai Kanan, Guru Guru SIKK dan anggota lain-lain pangkat. Antara tetamu yang hadir dalam program ini adalah En. Teoh Boon Ah dan En. Chin Yew Choy mewakili Buddhist Association Sabah & Federal Territory Of Labuan (BLIA) dan Cik Jacky Soong bersama 03 tenaga pengajar Malaysia Music Teachers Training College (MMTC). Program diserikan lagi dengan persembahan buskers dan violin daripada penghuni yang terlibat dalam program Kemahiran Muzik Orkestra Penjara Pusat Kota Kinabalu. Program bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni sekaligus memberi peluang kepada mereka agar dapat merasai kemeriahan sambutan perayaan bersama keluarga tercinta.


""