| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kedutaan Indonesia Ke Institusi Penjara Tapah Perak

21 Mei 2018, Penjara Tapah telah dilawati oleh Duta Besar Indonesia untuk Malaysia iaitu YM Rusdi Kirana dan beberapa orang pegawai daripada Kedutaan Indonesia bagi melawat pesalah pesalah di Penjara Tapah yang berasal dari Republik Indonesia.  Kedutaan Indonesia tersebut talah di sambut mesra oleh Pengarah Penjara Tapah,  TKP Kamarudzaman Bin Hj. Mamat dan turut dihadiri oleh PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Timbalan Pengarah Penjara Tapah.

Majlis yang berlangsung di Dewan Ilmu dimulakan dengan kata aluan oleh YM Rusdi Kirana diikuti sesi soal jawab antara Kedutaan Indonesia dengan pesalah pesalah Indonesia yang dihadiri 120 orang pesalah lelaki dan wanita. Majlis diakhiri dengan sumbangan yang diberikan oleh Kedutaan Indonesia kepada pesalah pesalah dan cenderamata kepada Penjara Tapah.


""