| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Penjara Pusat Sibu Bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Pada 22 Mei 2018 (Selasa), bertempat di Surau Darul Ibadah, Kuarters Penjara Pusat Sibu telah berlangsung majlis berbuka puasa warga Penjara Pusat Sibu bagi tahun 2018. Majlis bermula pada jam 5.30 petang dengan kehadiran kakitangan serta keluarga dan tetamu jemputan yang terdiri daripada pesara penjara yang pernah berkhidmat di Penjara Pusat Sibu. Kehadiran Pengarah Penjara Negeri Sarawak TKP Ajidin bin Haji Salleh telah melengkapkan majlis pada petang tersebut. Turut hadir PKP Bismillah bin Abang Masra, Pengarah Penjara Pusat Sibu, PKP Hamdan Salleh Bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo Kuching, PP Mohd Jusoh bin Ismail serta pegawai-pegawai kanan. Sebelum waktu berbuka puasa, Pengarah Penjara  Negeri Sarawak turut menyampaikan sumbangan kepada 4 orang pesara yang hadir sebagai penghargaan kepada mereka.

Selepas solat Maghrib pula telah diadakan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari SMK Agama Sibu, Ustaz Wan Ahmad Faisal bin Wan Zakaria. Selepas itu diteruskan dengan solat isyak dan tarawih serta witir yang diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad Faisal bin Wan Zakaria. Majlis diakhiri dengan jamuan moreh.


""