| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bersama KDYTM Tengku Puan Pahang Di Bengkel Pastry Penjara Bentong

Pada 12 Mei 2018 ( Sabtu ), bersempena dengan keberangkatan KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj ke Penjara Bentong Pahang, baginda telah sudi mencemar duli untuk bersama-sama dengan penghuni dan kakitangan Bengkel Pastry Penjara Bentong untuk membuat biskut raya melalui projek ? Air Tangan Tengku Puan Pahang ?. Baginda juga telah berkenan untuk memberi tunjuk ajar serta menghadiahkan     ( 6 ) jenis resepi biskut raya hasil kreativiti baginda sendiri iaitu Biskut Milo, Biskut Kelapa, Biskut Melting Moments, Biskut Cornflake, Biskut Custard dan Biskut Badam . Turut sama mengiringi baginda adalah YH Dato? Ab Basir bin Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong, PKK Aminon bin Adnan, Timbalan Pengarah Penjara Bentong serta pengurusan tertinggi Penjara Bentong.


""