| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perasmian Penutupan Minggu Sukan ODS Tahun 2018 Di PPP Kem Mahkota Kluang Johor

Pada 09 Mei 2017 (Rabu), PPP Kem Mahkota Kluang, Johor  telah mengadakan Program Perasmian Penutupan Minggu Sukan ODS tahun 2018 yang melibatkan 250 ODS. Majlis telah dirasmikan oleh Major Ahmad Murad bin Hj. Jailani Pegawai Staf Stesen, Markas Staf Stesen, Kem Mahkota Kluang, Johor. Turut hadir pada majlis penutupan tersebut ialah PPP Ibrahim bin Jaffar (Komandan PPP Kem Mahkota) dan Major Mohd Faudze b. Zaini (Ketua Penempatan PPP Kem Mahkota). Dalam  perasmian ini, Major Ahmad Murad bin Hj. Jailani telah menyarankan agar semua ODS mengambil peluang untuk terus melibatkan diri dalam program sukan kerana ianya dapat menggalakan semangat muhibah dan persaingan sihat dikalangan individu  disamping dapat mengurangkan tekanan dikalangan ODS semasa menjalani  baki hukuman penjara.


""