| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Ihtifal Kesenian Islam Kali Ke-8 Peringkat Penghuni Penjara Zon Sarawak Tahun 2018

Pada 23 hingga 24 April 2018, telah berlangsung Majlis Ihtifal Kesenian Islam Kali Ke-8 Peringkat Penghuni Penjara Zon Sarawak bertempat di Penjara Pusat Sibu. Seramai 59 orang banduan daripada 6 institusi penjara Sarawak telah mengambil bahagian. Antara kategori yang dipertandingkan sepanjang Majlis tersebut ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan tahap satu hingga tahap tiga, marhaban dan nasyid. Bagi pertandingan tilawah Al-Quran johan dari Penjara Limbang, diikuti naib johan dari Pusat Koreksional Bintulu dan ketiga dari Penjara Puncak Borneo Kuching. Bagi kategori hafazan tahap satu johan hafazan dari Pusat Koreksional Bintulu, naib johan Penjara Limbang dan ketiga dari Penjara Pusat Sibu. Katagori hafazan tahap dua johan dari Pusat Koreksional Bintulu, diikuti Penjara Pusat Sibu dan ketiga Penjara Puncak Borneo Kuching. Hafazan tahap tiga johan dari Penjara Puncak Borneo Kuching, naib johan Penjara Pusat Sibu dan ketiga Pusat Koreksional Bintulu. Kategori marhaban telah dimenangi oleh Pusat Koreksional Bintulu, tempat kedua Penjara Pusat Sibu dan tempat ketiga Penjara Limbang. Manakala bagi kategori nasyid, johan adalah dari Pusat Koreksional Bintulu, kedua Penjara Pusat Sibu dan tempat ketiga dari Penjara Puncak Borneo Kuching. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Pusat Koreksional Bintulu.

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh YDH TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDH Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan Pengarah-Pengarah Institusi Sarawak.


""