| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Forum Perdana Maulidur Rasul Peringkat Penghuni, Pusat Koreksional Perlis

Pada 21 November 2018 (Rabu), Unit Agama, Pusat Koreksional Perlis (PKPs) telah mengadakan Program Forum Perdana Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Perlis (PKPs) bertempat di Dewan Aktiviti Penghuni, Pusat Koreksional Perlis (PKPs) dengan tema ?Menyantuni Umat Membawa Rahmat?. Antara pengisian program tersebut ialah dimulakan dengan bacaan al-Qur?an surah al-Mulk oleh penghuni PKPs. Barisan panel bagi Forum Perdana Maulidur Rasul ini ialah Ustaz Shafiy bin Zakaria (Pegawai Hal Ehwal Islam, JAIPs) dan Ustaz Khalilullah Amin bin Ahmad (Pensyarah, KUIPs). Program ini telah disempurnakan oleh PKP Hamid bin Taha. Seramai 160 orang penghuni dan 20 orang kakitangan telah terlibat bagi menjayakan program ini. Objektif program ini adalah bertujuan untuk melahirkan kecintaan dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rahmat sekalian alam dan menggalakkan penghuni Pusat Korekisonal Perlis (PKPs) untuk menghayati sunnah Rasulullah s.a.w dalam aspek kehidupan seharian.


""