| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Datuk Mohd Azis Bin Jamman ke Penjara Pusat Kota Kinabalu

Pada 17 Nov 2018 (Sabtu), Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Datuk Mohd Azis Bin Jamman telah membuat lawatan turun padang ke Penjara Pusat Kota Kinabalu Sabah, bertujuan untuk melihat situasi kesesakan yang berlaku di Penjara Pusat Kota Kinabalu. Kehadiran YB. Datuk Timbalan Menteri ke Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Keselamatan & Koreksional), YBhg. Dato? Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan serta Pengarah Penjara Negeri Sabah dan WP. Labuan, TKP Tuan Hj. Suria Bin Haji Idris. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penolong Kanan Komisioner Zulkifli Bin Abd Manah bersama dengan pegawai-pegawai kanan dan anggota lain-lain pangkat di Insitusi Penjara Pusat Kota Kinabalu. Program lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas berhubung dengan situasi semasa kesesakan Penjara Pusat Kota Kinabalu yang disampaikan sendiri oleh PKK Zulkifli Bin Abd Manah. Seterusnya YB. Datuk Timbalan Menteri mengambil kesempatan melawat kawasan blok penempatan penghuni yang mengalami kesesakan dan juga blok yang menempatkan banduan yang ditahan di bawah Kaedah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (SOSMA). Di akhir lawatan YB. Datuk Timbalan Menteri Dalam Negeri dipertontonkan dengan persembahan orkestra oleh penghuni penjara yang mana merupakan hasil pencapaian daripada kerjasama diantara Intitusi Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah dengan Malaysia Music Teachers Training College (MMTC).


""