| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kesedaran Dan Saringan Kanser Mulut

Buat julung kalinya, PPA/Pusat Koreksional Machang telah berkolabrasi dengan Pejabat Kesihatan Pergigian Machang, Klinik Pergigian Machang mengadakan ?Program Kesedaran Dan Saringan Kanser Mulut? kepada semua kakitangan dan keluarga. Pengisian program adalah berbentuk ceramah dan pameran mengenai kanser mulut, saringan kanser mulut serta pemeriksaan gigi secara percuma. Program tersebut berlangsung selama 2 hari mulai 13hb hingga 14hb November 2018, mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Bunga Raya dan Ruang Legar Dewan Bunga Raya PPA/Pusat Koreksional Machang.  Program telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah PPA/Pusat Koreksional Machang dan seterusnya ucapan aluan telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Pergigian Machang, Dr. Ruhil Sadina bt Mohd Noor selaku penyelaras program. Program diteruskan dengan ceramah Kesedaran Kanser Mulut yang telah disampaikan oleh Dr. Arif daripada Klinik Pergigian Machang pada sesi pagi hari pertama manakala ceramah Cara Penjagaan Mulut dan Gigi pada hari kedua pula telah disampaikan oleh Dr. Mohd Haris. Saringan kanser mulut serta pemeriksaan gigi telah dilakukan pada sesi petang kedua-dua hari tersebut.


""