| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Amanat Pengarah Kepada Calon SPM 2018 SHG Telok Mas, Melaka

Majlis Amanat Pengarah kepada calon yang akan menduduki peperiksaan SPM 2018 telah diadakan pada 9 November 2018 (Jumaat) bertempat di Dewan Parameswara. Seramai 70 orang penghuni akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas Melaka dalam amanatnya telah memberikan penekanan terhadap kepentingan peperiksaan ini serta mengingatkan semua calon supaya menghadapi dengan tenang, menjawab dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Beliau juga mendoakan kejayaan semua calon yang akan menghadapi peperiksaan bermula 13 November 2018. Dalam pada itu turut diadakan juga penyampaian sijil kepada penghuni-penghuni 3M yang telah berjaya menamatkan program. Turut hadir menjayakan majlis ini TPP Yusni Bin Habibullah, En. Othman Bin Markom Ketua Unit Akademik serta semua guru-guru Akademik.


""