| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Keluarga Division B Penjara Sungai Udang, Melaka Di Taman Extreme Tasik Chinchin, Melaka

Bertempat di Taman Ekstrem Tasik Chinchin (TETC), Jasin Melaka pada 10 & 11.011.2018 telah  diadakan Sambutan Hari Keluarga Division B Penjara Sungai Udang, Melaka. Dalam Sambutan Hari Keluarga tersebut pelbagai acara telah diadakan seperti pertandingan memasak, pertandingan memancing, pertandingan kayak, pertandingan memanah, sukaneka, pertandingan rafting, senamrobik dan cabutan nombor bertuah. Seramai  69  keluarga yang terdiri  245 orang anggota termasuk kanak-kanak  telah hadir memeriahkan lagi hari keluarga tersebut. Turut hadir pada hari tersebut adalah PKK Wan Umar bin Wan Abdulah Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang. Hari keluarga ini juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan ahli keluarga anggota.


""