| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pendidikan Pencegahan Jenayah Pasca PT3 Di SHG Telok Mas, Melaka

Pada 2 November 2018 (Jumaat) seramai 80 pelajar dari SMK Durian Tunggal, Melaka telah mengadakan lawatan ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Objektif lawatan ini diadakan adalah sempena Program Pendidikan Pencegahan Jenayah Pasca PT3. Para pelajar telah diberikan taklimat kesedaran, kesan dan akibat salah laku dikalangan remaja pada masa kini. Program telah dikendalikan oleh En. Salleh Bin Mohd Nor, Pegawai Psikologi institusi dan IP Khirul Anuar Bin Abu Kassim selaku fasilitator program kesedaran.


""