| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Deepavali SHG Telok Mas, Melaka 2018

Pada 7 November 2018 Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Program Jalinan Kasih sempena Sambutan Deepavali 2018. Seramai 13 orang penghuni bersama-sama ahli keluarga telah terlibat dalam menjayakan program ini yang diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara penghuni dan keluarga serta memberi peluang kepada penghuni merasai suasana perayaan Deepavali.  Pengisian aktiviti berbentuk kekeluargaan seperti mewarna, menghias Kolum dan acara memotong kek telah diadakan bagi memeriahkan program. PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka dan TPP Yusni Bin Habibullah, Ketua Bahagian Pemulihan turut hadir beramah mesra bersama keluarga.


""