| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bersama Pelajar-Pelajar Sekolah Daerah Jasin Tahun 2018 Anjuran Bersama Pejabat Pendidikan Daerah Jasin

30 Oktober 2018 - Pejabat Pendidikan Daerah Jasin bersama Muzium Penjara Malaysia telah mengadakan Program Bersama Pelajar melibatkan 15 buah sekolah disekitar Daerah Jasin. Para pelajar seramai 130 orang telah diberi pendedahan tentang kehidupan di dalam penjara, taklimat sebatan rotan, taklimat pelaksanaan hukuman mati, dan mesej dari penjara. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada para pelajar tentang erti sebenar kebebasan di luar. Kerjasama di antara Pejabat Pendidikan Daerah Jasin dan Muzium Penjara Malaysia Melaka diharap akan membantu membanteras masalah sosial dikalangan pelajar sekolah di Daerah Jasin.
""