| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni Penjara Limbang 2018

Pada 31 Oktober 2018 (Rabu) bersamaan 22 Safar 1440H Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni Penjara Limbang telah dijalankan di Surau An-Nur (Surau Banduan). Seramai 50 orang penghuni yang terlibat dalam program ini. Program ini telah dikendalikan oleh Imam Hj Yahya Bin Shari, Masjid Bahagian Limbang Jannatul Firdaus. Objektif program ini adalah memberikan pendedahan kepada penghuni tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring dengan syariat Islam serta mengikis unsur-unsur tahyul dan mistik. Program ini berakhir pada pukul 2.30 petang.


""