| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perasmian Kembara Psikologi Kementerian Dalam Negeri 2018

Hari kemuncak program ini adalah Perasmian Kembara Psikologi Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2018 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato? Seri Alwi bin Hj Ibrahim Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 27.10.2018 (Sabtu) bertempat di Dewan Keris Laksamana, Penjara Sungai Udang, Melaka. Turut Hadir ke Majlis Penutup YBhg. Dato Sri? Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, YBhg. Dato? Indera Khairul Dzaimee bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Dan Kawalan) KDN, YBhg. Datuk Wira Raja Shahrom bin Raja Abdullah, Ketua Polis Melaka, YDH KP Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka, YDH TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka selaku tuan rumah, Timbalan Ketua Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka, Ketua Jabatan bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka, Penerima Anugerah Psikologi serta jemputan lain. Jemputan telah disajikan dengan persembahan tarian serta nyanyian dari anggota Penjara Sungai Udang dan dalam Majlis tersebut juga telah disampaikan beberapa anugerah seperti:

 Bil Anugerah Agensi Jabatan
 1 Anugerah AKRAB Utama IPK Negeri Kedah Polis Diraja Malaysia (PDRM)
 2 Anugerah AKRAB Gemilang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
 3 Anugerah Penerima Sijil Amalan Terbaik Penjara Sungai Udang, Melaka Jabatan Penjara Malaysia
 4 Anugerah Penerima Sijil Amalan Terbaik Penjara Wanita Kajang, Selangor Jabatan Penjara Malaysia
5 Anugerah Penerima Sijil Amalan Terbaik Penjara Dusun Dato Murad, Melaka Jabatan Penjara Malaysia
 6 Anugerah Penerima Sijil Amalan Terbaik IPK Negeri Perak Polis Diraja Malaysia (PDRM)
 7 Anugerah Bitara Kementerian Dalam Negeri (KDN) Penjara Sungai udang, Melaka Jabatan Penjara Malaysia



""