| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ceramah Dadah Dan Erti Kebebasan Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting

Pada 23 Oktober 2018 (Selasa), Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Unit Parol Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Ceramah Dadah dan Erti Kebebasan peringkat penghuni yang melibatkan seramai 42 orang banduan baharu. Program ini yang bertemakan ?Dadah Perosak Nusa Bangsa? dianjurkan bagi memberi kesedaran dan celik akal kepada banduan tentang keburukan dadah kepada diri dan keluarga. Ceramah dimulakan dengan slot pertama yang disampaikan oleh Encik Mohamad Mawardi Bin Mazuan, Pegawai Psikologi Institusi yang bertajuk Dadah dan Erti Kebebasan. Manakala slot yang kedua telah disampaikan oleh IP Syafiza Binti Sabudin Pegawai Parol Institusi yang bertajuk Perkhidmatan Parol. Majlis turut dihadiri oleh KPL Annuar Bin Kamarudin pembantu unit Psikologi.


""