| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Team Building & Fitness River Safari Siri 1 & 2 Untuk Kakitangan Penjara Puncak Borneo, Kuching

KUCHING - Pada 6 dan 13 Oktober 2018 Unit Latihan Penjara Puncak Borneo telah mengadakan Program Team Building & Fitness River Safari dengan memperkenalkan aktiviti berakit bagi pegawai dan anggota Division A dan B serta kakitangan awam Penjara Puncak Borneo. Acara berakit bermula di Sungai Semedang dan berakhir di Waterfront Kampung Git, Padawan. Laluan sungai yang deras dan jernih serta mempunyai beberapa jeram menguji kekuatan dan daya ketahanan fizikal peserta yang menyertai program berakit ini. Daripada maklumbalas yang diberikan oleh peserta, ternyata aktiviti sebegini dapat melahirkan satu kepuasan dan keseronokan dikalangan mereka. Program bermula dengan taklimat ringkas keselamatan oleh unit latihan, bacaan doa dan berakhir dengan jamuan makan yang telah disediakan.

Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim diantara kakitangan, mewujudkan persefahaman dan sikap saling bantu-membantu, melahirkan anggota yang sihat, cergas, aktif serta memiliki ketahanan mental dan fizikal dalam menjalankan kehidupan harian juga semasa menjalankan tugas. Selain daripada itu, program ini juga dapat meningkatkan kecintaan kepada organisasi ke arah budaya kerja cemerlang. Program ini juga turut disertai oleh PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo, Kuching.


""