| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Pada 11 Oktober 2018 Majlis Penutupan Karnival Sukan Penghuni serta sambutan Hari Sukan Negara peringkat penghuni Penjara Taiping telah diadakan di Dataran Kedamaian Penjara Taiping. Seramai 480 penghuni telah mengambil bahagian. Karnival sukan ini telah bermula sejak bulan April 2018. Sebanyak 6 acara sukan dipertandingkan iaitu dam aji, karom berpasukan, ping pong individu, ping pong berpasukan, sepak takraw dan futsal. Manakala acara sukaneka mengisi aturcara semasa majlis penutupan.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.Setia PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping. Turut hadir ialah En. Mahmod b. Hamad wakil DPAS negeri Perak. Antara aktiviti yang dijalankan semasa majlis penutupan ialah acara sukaneka, bina badan dan penyerahan pakaian kepada 6 penghuni yang dinaikan ke peringkat khas (blue suit). Program seumpama ini mampu mengembangkan potensi dan minat penghuni ke arah melahirkan insan yang cemerlang dan harmonis. Melalui penglibatan penghuni dalam aktiviti-aktiviti permainan, pertandingan yang diadakan membolehkan mereka mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Program Pemulihan Insan.


""