| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja YAB Tuan Adly bin Zahari Ketua Menteri Melaka Ke Penjara Sungai Udang, Melaka

Hari ini 08.10.2018 ( Isnin ) merupakan hari bersejarah bagi seluruh warga kerja Penjara Sungai Udang, Melaka kerana kesudian YAB Tuan Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka membuat lawatan kerja ke Penjara Sungai Udang. Beliau telah disambut oleh YBrs KP Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka, YDH TKP Noor Aziz bin Mohammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang selaku tuan rumah, Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Melaka, pegawai kanan serta warga kerja Penjara Sungai Udang. Turut sama adalah YB Puan Ginie Lim Siew Lin, EXCO Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka, YB Tuan Mohamad Abazafree bin Mohd Abbas, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, YBrs Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah, Setiausaha Sulit Ketua Menteri, YBrs Tuan Badiyus Zaman bin Haji Ahmad Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka dan YBrs Tuan Lukman bin Abdul Ghani, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Sungai Udang. Dalam lawatan tersebut beliau telah dibawa melawat ke pejabat rekod banduan, unit sajian makanan, blok penempatan wanita, bengkel perusahaan, pejabat pemulihan (PPI), klinik dan melihat hukuman sebat rotan dijalankan. Semasa lawatan tersebut satu majlis penyerahan sumbangan dari YB Tuan Low Chee Leong  EXCO Kesihatan  dan Anti Dadah Negeri Melaka serta beberapa agensi atau pertubuhan telah disampaikan. Di samping itu, majlis kacau bubur asyura  dan penyerahan kepada banduan telah diadakan. Di akhir lawatan tersebut beliau telah dibawa ke Taska ABC Penjara Sungai Udang dan mengimamkan solat zohor di Masjid Sultan Muhammad V Penjara Sungai Udang, Melaka. Dalam lawatan tersebut ketua menteri akan memberi kerjasama untuk membantu mendapatkan sumbangan untuk barang keperluan terutama kanak-kanak, peruntukan dan membantu mempromosikan produk Penjara Sungai Udang melalui bahagian promosi dan pelancongan.


""