| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program CSR - Maybank Bersama Jabatan Penjara Malaysia

Pada 22 September 2018, pihak Maybank telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia. Program dimulakan dengan sesi forum Mesej Dari Penjara yang telah diadakan di Auditorium Vokasional dan Industri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia bertemakan  ?Sayangi Malaysiaku Hargai Diri?. Panel bagi sesi forum tersebut terdiri daripada  seorang bekas penghuni yang telah berjaya dan seorang penghuni yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran yang telah berkongsi pengalaman bersama tetamu jemputan yang melibatkan 40 orang pelajar Azmida Technology College dan 80 orang kakitangan Maybank.

Pengisian program diteruskan dengan perjumpaan keluarga yang melibatkan 45 orang penghuni dari Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang yang telah dipilih berdasarkan laporan kemajuan yang cemerlang. Mereka diberi peluang untuk bertemu ahli keluarga secara bersemuka dan menyertai aktiviti seperti taklimat pengurusan kewangan, program kecergasan fizikal, kuiz berbentuk kenegaraan dan cabutan bertuah. Program diserikan lagi dengan persembahan ?buskers? dari penghuni Penjara Kajang. Pihak Maybank turut berbesar hati dengan memberikan sumbangan berbentuk peralatan sukan dan kelengkapan bayi kepada penghuni Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang.


""