| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Dari YB Low Chee Leong EXCO Kesihatan Dan Antidadah Negeri Melaka Ke Penjara Sungai Udang, Melaka

Bertempat di Penjara Sungai Udang Melaka pada 04.10.2018 ( Khamis ) telah menerima kunjungan hormat dari YB Low Chee Leong EXCO Kesihatan Dan Antidadah Negeri Melaka. Beliau telah disambut oleh YBrs Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka, YBrs TKP Noor Aziz bin Mohammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang, PKK Wan Umar bin Wan Abdullah Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, Timbalan-timbalan Penguasa dan pegawai kanan. Sebelum mengadakan melawat beliau telah diberi penerangan mengenai Penjara yang disampaikan oleh PP Ismawi bin Sulong dan taklimat kesihatan serta statistik bilangan banduan yang sakit telah disampaikan oleh Dr. Siti Suriani binti Shamsul Qamar. Kemudian beliau telah dibawa melawat ke pejabat pemulihan banduan (PPI) untuk melihat proses pemulihan dijalankan, rumah sakit dalam (RSD) rawatan yang diberi kepada banduan yang sakit dan ke blok penempatan banduan lelaki dan wanita. Dalam lawatan tersebut beliau berhasrat untuk membantu menyalurkan sumbangan kepada Institusi Penjara Sungai Udang terutama kepada anak-anak yang terdapat di dalam penjara.


""