| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ceramah Hijrah Untuk Penghuni Penjara Puncak Borneo, Kuching

Pada 4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharam 1440 Hijrah (Khamis), Unit Agama, Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Puncak Borneo Kuching telah mengadakan Program Ceramah yang bertajuk? Hijrah? untuk Penghuni Penjara Puncak Borneo Kuching. Ceramah tersebut dilaksanakan di Dewan Serbaguna Penjara Puncak Borneo Kuching dan telah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Morshidi Bin Haji July daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Antara perkara yang disentuh dalam ceramah beliau ialah solat merupakan amalan pertama yang akan dipersoalkan kelak, kejayaan akan diperolehi oleh orang-orang yang khusyuk dalam solat. Semoga program sebegini dapat melahirkan lebih ramai Saudara Muslim yang berilmu. Majlis turut dihadiri oleh TPP Mohammad Hafiz bin Matsahri, Bahagian Pemulihan Penjara Puncak Borneo serta anggota Pemulihan.


""