| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penyediaan Dan Penyerahan Bubur Asyura Peringkat Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Tahun 2018

Pada 02 Oktober 2018(Selasa) bersamaan 22 Muharram 1440H bertempat di Perkarangan Surau As-Sakinah, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Program Penyediaan Bubur Asyura Peringkat Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Tahun 2018. YDH PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang bersama Pengerusi PERSIAP institusi turut sama hadir bergotong-royong bagi menyediakan (3) kawah bubur asyura bersama warga komuniti dan ahli PERSIAP Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Majlis penyerahan bubur asyura  telah disempurnakan oleh YDH PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang diiringi Penguasa Penjara dan Timbalan Penguasa Penjara kepada kakitangan pada waktu pegawai giliran awal bersurai.


""