| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyampaian Sumbangan Kepada Adik Nur Fatin Khusna binti Kasim Anak WP 21228 Kasim bin Samsudin, Penjara Sungai Udang, Melaka

Pada 28.09.2018 ( Jumaat ) telah diadakan penyampaian sumbangan hasil kutipan anggota  untuk Adik Nur Fatin Khusna binti Kasim anak kepada WP 21228 Kasim bin Samsudin anggota Penjara Sungai Udang, Melaka bertempat di kediaman kuarters Penjara Sungai Udang. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh PP Ismawi bin Sulong yang mewakili YBrs. TKP Noor Aziz bin Mohammad Noor pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Dimaklumkan bahawa Adik Nur Fatin Khusna telah mendapat kanser tulang belakang dan akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK ) Sekolah Agama darjah 5 tahun ini. Selain itu beberapa anggota dari unit lain telah datang menziarah dan menyampaikan sumbangan bagi meringgankan bebanan kewangan.


""