| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perarakan Dan Perbarisan Sempena Hari Malaysia 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan

Pada 16 September 2018 (Ahad), Pusat Koreksional Labuan telah menyertai  Perarakan dan Perbarisan sempena Hari Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Dataran Labuan. Kontingen Pusat Koreksional Labuan disertai oleh seramai 33 orang pegawai lain-lain pangkat dan diketuai oleh Ketua Inspektor Penjara, Mohd Saiful bin Mat Yasing. Acara tersebut turut dihadiri oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih sebagai tetamu jemputan.

Perarakan tersebut turut disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, agensi swasta, KRT Kampung, Sekolah dan IPT yang terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan. Acara yang bermula pada jam 06.30 pagi dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku serta Lagu Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Maju Sejahtera, Perarakan masuk dan lintas hormat kontingen yang mengambil bahagian, upacara menaikkan Jalur Gemilang, Bacaan Ikrar Anak Merdeka, Ucapan Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan, Nyanyian koir lagu tema Sayangi Malaysiaku, Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang dan persembahan kebudayaan.


""