| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sinaran Kasih Guru-Guru Badan Dakwah Maktab Mahmud Negeri Kedah Bersama Penghuni Penjara Sungai Petani, Kedah

19 September 2018, bertempat di Sekolah Integriti Penjara Sungai Petani, Kedah telah diadakan ?Program Sinar Kasih? Guru-guru Badan Dakwah Maktab Mahmud Negeri Kedah Bersama Penghuni Penjara Sungai Petani. Seramai 18  orang guru dari Lembaga Maktab Mahmud negeri Kedah telah hadir menjayakan program tersebut dengan kerjasama Unit PPI dan Sekolah Integriti Penjara Sungai Petani. Program tersebut telah diisi dengan latihan dalam perkhidmatan (LDK) dengan modul-modul disediakan oleh Lembaga Maktab Mahmud. Seramai 92 orang penghuni mengikuti program tersebut. Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh PKP Raja Nazril Azman b. Raja Azam Iskandar, Pengarah Penjara Sungai Petani. Turut hadir dalam majlis tersebut PP Mohd Nizar b. Abdullah, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Penjara Sungai Petani, Kakitangan Unit Pemulihan dan Rawatan serta guru-guru Sekolah Integriti Penjara Sungai Petani.


""