| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Karnival Seni Bela Diri 2018 Anjuran Kolej Matrikulasi Labuan

Pada 15 September 2018 (Sabtu) bermula jam 07.45 malam telah berlangsung Karnival Seni Bela Diri bagi tahun 2018 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan. Pusat Koreksional Labuan yang diwakili oleh beberapa orang pegawai yang diketuai oleh Ketua Inspektor Penjara, Mohd Saiful bin Mat Yasing telah dijemput menyertai karnival tersebut yang telah dirasmikan oleh Dr. Baiduriah binti Yaakub, Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Karnival tersebut turut dihadiri oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan sebagai tetamu jemputan. Antara yang membuat persembahan pada karnival tersebut ialah Persatuan Seni Silat Sendeng Malaysia, Kelab Taekwondo Labuan, Polis Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Pusat Koreksional Labuan telah mempersembahkan beberapa garakan dalam Seni Tangkas Penjara (SENTAP) antaranya Tari Waja, Jurus 15 dan beberapa gerakan kuncian tangan kosong.


""