| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Istiadat Mengarak Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V Tahun 2018

12 September 2018- (Rabu) Bertempat di Dataran Pahlawan Negara Presint 1, Putrajaya, berlangsung Istiadat Mengarak Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V Tahun 2018.

Majlis bermula dengan Pemeriksaan Perbarisan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan diteruskan dengan acara utama iaitu Perarakan Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang disempurnakan oleh ketiga-tiga ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia.


""